Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti

Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti

Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Khairuddin Takiri mempertikaikan tindakan segelintir ahli Pas yang terus mempertahankan pandangan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi yang mengundang pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan mempertahankan kesilapan atas dasar kepartian jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang menolak sikap taasub atau ‘assobiyah’.

“Sentimen kepuakan inilah dipanggil ‘assobiyah’ lalu mempertahankan kesilapan beliau. Islam melarang perkara sedemikian dan tidak patut bertindak mempertahankannya dalam realiti politik pada hari ini.

“Beliau (Dr Nik Muhammad Zawawi) seolah-olah menegakkan ‘benang yang basah’ dalam video permohonan maaf tersebut. Kita mahu beliau mengakui sepenuh-penuhnya kesilapannya bahawa fakta yang disebut adalah salah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


“Sekiranya hendak menggambarkan bahawa beza antara dua zaman iaitu pada zaman jahiliyah dan zaman Islam. Zaman Islam… Allah SWT padamkan segalanya tetapi hendaklah pastikan bahawa fakta di zaman jahiliyah adalah fakta yang beliau sebut. Bukan sahaja dikalangan parti malah juga kalangan agama-agama, mufti pun menegur perkara yang salah tersebut,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam masa yang sama Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas memaklumkan bahawa Majlis Ulama UMNO Malaysia akan memberi sokongan yang tidak terhingga menjalang Pilihan Raya Negeri (Johor) yang akan datang.

Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti

“Majlis Ulama UMNO Malaysia akan ‘turun padang’ dan beri ‘support’ pada Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor. Perkara paling penting adalah mengutarakan kepada rakyat bahawa kejayaan UMNO menguruskan negara berasaskan Islam dan kejayaan pembangunan Islam yang telah berjaya dinaikkan oleh UMNO melibatkan pelbagai aspek sama ada pembangunan fizikal ataupun ‘spiritual’.

“Inilah kebenaran kejayaan UMNO yang melibatkan agama Islam di Malaysia, jasa-jasa UMNO dalam tempoh yang panjang mentadbir negara ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


Tambah Khairuddin lagi, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang diterajui UMNO dan BN memainkan peranan besar dalam memartabatkan syiar Islam serta membangunkan pelbagai institusi pendidikan, ekonomi dan pentadbiran Islam di negara ini.

“Islam yang dinikmati sekarang adalah usaha daripada para pemimpin terdahulu yang pernah menjadi kerajaan dan kerajaan itu adalah kerajaan UMNO dan BN. Ini mesti dijelaskan disaat pembangkang membawa naratif bahawa Islam di Malaysia terancam,” ujarnya. – UMNO Online

Kenyataan Media MUU 19 Mei 2026

Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker