Sekolah buat praktikal berkahwin, pelajar seronok

Sekolah buat praktikal berkahwin, pelajar seronok

Sekolah buat praktikal berkahwin, pelajar seronok
Tangkap layar video menunjukkan ujian praktikal perkahwinan yang diadakan di sebuah sekolah menengah di Jakarta. – InstagramPendidikan

JAKARTA – Sebuah sekolah menengah di Jakarta, Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana mengadakan ujian praktikal perkahwinan yang menyerupai majlis resepsi sebenar bagi subjek Pendidikan Islam.

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri 78 Jakarta, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @gukar78 menunjukkan beberapa pelajar perempuan mengenakan baju kebaya dan perhiasan untuk kelihatan seperti pengantin.

Pelajar lelaki yang berperanan sebagai ‘calon suami’ pula memakai sut dan songkok.

Praktikal tersebut menyerupai majlis perkahwinan sebenar kerana dilengkapi perarakan masuk, persembahan silat, kompang, dulang hantaran, akad nikah, sesi bersalaman selepas ‘sah’ dan lain-lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


Rakaman itu mencatatkan lebih 840,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. Sumber Pendidikan

“Zaman saya buat praktikal uruskan jenazah,” kata seorang netizen.

“Tidak ada manfaat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Sekolah buat praktikal berkahwin, pelajar seronok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker