Wanita beramai-ramai mekap sebelum daki puncak gunung

Wanita beramai-ramai mekap sebelum daki puncak gunung

Wanita beramai-ramai mekap sebelum daki puncak gunung
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wanita sedang khusyuk bermekap sebelum memulakan pendakian. – Instagram

JAKARTA – Sekumpulan wanita mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam memakai mekap secara beramai-ramai sebelum mendaki puncak sebuah gunung di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @merbabuviasuwanting_gl menunjukkan sejumlah wanita sedang khusyuk bermekap sambil duduk di lantai.

Mereka berbuat demikian agar kelihatan cantik dan rapi dalam gambar selepas tiba di puncak Gunung Merbabu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 358,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Lepas mendaki, mekap cair kena peluh,” kata seorang netizen.

“Mana tahu jumpa jodoh dekat puncak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENS

Wanita beramai-ramai mekap sebelum daki puncak gunung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker