UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi

LAHAD DATU, 21 Mei – Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO di seluruh negara telah melabuhkan tirainya pada 17 Mei lalu, sekali gus terus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai platform penting dalam memperkemas gerak kerja akar umbi parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, berkata seluruh jentera parti di peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik dalam memperkukuhkan organisasi di peringkat akar umbi.
Beliau menegaskan bahawa persidangan tahunan kali ini menjadi pemangkin kepada “gelombang baharu” dalam usaha memperkukuh kekuatan parti serta memperkemas strategi menghadapi PRU akan datang.
“Persidangan ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi medan untuk kita menilai kekuatan, menyatukan pandangan, dan memperkemas gerak kerja. Akar umbi adalah nadi perjuangan yang mesti terus diperkasakan,” katanya.
Menurut beliau lagi, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan oleh perwakilan bagi memperkukuh struktur cawangan serta mempertingkat kesiapsiagaan jentera parti di semua peringkat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
“Setiap usul yang dibangkitkan di peringkat cawangan akan diperhalusi secara teliti oleh kepimpinan yang berkaitan sebelum dibawa ke peringkat Persidangan Bahagian untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.
“Proses ini bertujuan memastikan setiap pandangan, cadangan dan isu yang diketengahkan oleh akar umbi diberi perhatian sewajarnya, seterusnya diselaraskan di peringkat lebih tinggi agar keputusan yang diambil lebih menyeluruh, inklusif dan mencerminkan suara keseluruhan ahli di semua peringkat organisasi,” katanya.

Dalam kesempatan tersebut, Sharif Musa juga merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli jawatankuasa Bahagian, pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri, termasuk Pengerusi-Pengerusi Tetap Cawangan, Ketua-Ketua Cawangan, serta barisan kepimpinan lain yang terus setia memperjuangkan parti.
“Perjuangan ini bukan sekadar satu tanggungjawab politik, tetapi merupakan amanah yang menuntut keikhlasan, kesetiaan dan pengorbanan yang berterusan demi agama, bangsa dan negara.
“Ia menuntut setiap ahli untuk kekal teguh menghadapi cabaran, memperkukuhkan perpaduan, serta mengangkat martabat organisasi dengan semangat juang yang tidak pernah luntur,” katanya lagi. – UMNO Online
UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.