KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil

PUTRAJAYA, 21 Mei – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh agenda pembangunan sektor agrikomoditi negara melalui pelbagai strategi baharu yang memberi tumpuan kepada daya tahan, produktiviti dan pengembangan pasaran global.
Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata usaha bersepadu warga kementerian penting dalam memastikan sektor agrikomoditi kekal kukuh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPK bagi Mei 2026 yang menghimpunkan seluruh warga kementerian.
“Saya amat bangga melihat komitmen warga KPK yang terus proaktif merangka pelbagai strategi demi memastikan sektor agrikomoditi negara kekal kukuh dan berdaya tahan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi beberapa perkembangan utama termasuk peluasan pasaran getah ke Amerika Selatan, inisiatif pensijilan MSPO untuk peniaga sawit, peningkatan penggunaan biodiesel, serta pelancaran Skuad Agrikomoditi bagi menarik minat generasi muda terhadap sektor berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
Menurut beliau, libat urus strategik di Shanghai, China baru-baru ini turut membuka ruang baharu untuk memperkukuh sektor hiliran bernilai tinggi di peringkat global.
Terangnya, KPK turut menetapkan empat fokus utama iaitu memperkukuh daya tahan sektor agrikomoditi, meningkatkan produktiviti dan daya saing, memperkasakan industri hiliran, serta memastikan manfaat sektor ini terus dirasai rakyat khususnya pekebun kecil.
Beliau juga menegaskan kepentingan budaya kerja berintegriti dan berorientasikan hasil dalam kalangan warga kementerian bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak nyata kepada rakyat, industri dan negara. – UMNO Online
KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.