UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais

UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais

UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,  Datuk Rais Yasin menyifatkan penubuhan UMNO Cawangan Krubong Heights sebagai satu perkembangan positif yang menggambarkan momentum berterusan parti di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, penubuhan cawangan baharu itu bukan sahaja mencerminkan keyakinan terhadap perjuangan UMNO, malah memperlihatkan semangat kebersamaan serta usaha memperluaskan lagi kekuatan organisasi parti di kawasan Tangga Batu.

“Alhamdulillah, syukur atas penubuhan baharu UMNO Cawangan Krubong Heights. Ucapan tahniah ditujukan kepada Saudara Muhamad Hafiz Abd Aziz selaku Ketua Cawangan serta seluruh jawatankuasa penaja atas kejayaan ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka seterusnya berkata, perkembangan tersebut juga memberi gambaran bahawa UMNO Bahagian Tangga Batu terus menunjukkan pertumbuhan yang baik dengan penyertaan dan penglibatan ahli baharu yang semakin aktif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa


Katanya, penubuhan cawangan baharu menjadi petunjuk bahawa gerak kerja parti di peringkat akar umbi terus mendapat sambutan serta diyakini masyarakat setempat.

Dalam pada itu, beliau mengajak seluruh ahli untuk terus memperkemaskan niat dalam perjuangan dan kembali kepada matlamat utama iaitu berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air.

“Kita perlu terus melangkah ke hadapan dengan semangat bersatu hati dalam meneruskan perjuangan,” katanya. – UMNO Online

UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker