Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu
Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan strategi politik yang dibawa Dap dalam isu-isu berkaitan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baharu.
Beliau berkata sebaliknya ia telah lama digunakan sebagai pendekatan untuk mencetuskan polemik.
“Kita sudah lama memahami corak dan strategi politik Dap. Mereka tahu bahawa setiap kali isu sensitif berkaitan Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu disentuh secara sinis atau provokatif, akan wujud kelompok tertentu yang akan bersorak dan mengangkat mereka sebagai berani.
“Sebab itu kenyataan Tony Pua ini bukan perkara baharu. Ini pola politik lama mereka, sentuh institusi Raja. Abaikan sensitiviti Melayu dan Islam, mainkan isu identiti negara.
“Kemudian tampil kononnya sebagai pejuang demokrasi dan kebebasan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
Katanya lagi, tindakan sedemikian dilihat sebagai sebahagian daripada strategi politik yang sengaja dimainkan bagi meraih sokongan tertentu dengan menjadikan institusi Melayu sebagai sasaran kritikan.
Menurut beliau, semakin lantang institusi Melayu dipersoal atau diperlekehkan, semakin banyak sokongan diterima daripada kelompok tertentu dalam komuniti penyokong mereka.
“Lagi kuat mereka mengkritik institusi Melayu lagi tinggi tepukan daripada kelompok chauvinis dalam komuniti mereka sendiri. Mereka sedar sokongan Melayu makin hilang?
“Ya, mereka sedar tetapi mereka tidak peduli kerana sasaran mereka ialah mempertahankan kerusi majoriti bukan Melayu dan mengukuhkan blok sokongan sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka

“Undi Melayu bagi mereka tidak penting, undi Melayu bagi mereka boleh dikorbankan,” tegas beliau.
Dalam pada itu, Dr Fathul turut mengingatkan orang Melayu agar tidak terpedaya dengan wayang politik serta retorik yang dimainkan pihak tertentu demi kepentingan parti mereka.
“Sebab itu saya menyeru orang Melayu di seluruh negara fikirlah baik-baik. Jangan hanya melihat slogan dan propaganda politik.
“Lihat sikap sebenar mereka terhadap Raja-Raja Melayu, lihat bagaimana sensitiviti majoriti rakyat disentuh berulang kali.
“Kalau hari ini titah Tuanku pun boleh dijawab dengan nada sinis dan angkuh, apa lagi yang akan mereka pertikai pada masa hadapan?” soal beliau.
Terdahulu media melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar memaklumkan bahawa polis telah membuka kertas siasatan terhadap Tony Pua susulan satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya kelmarin berhubung isu titah dan Rukun Negara.
Tindakan itu diambil selepas Tony Pua didakwa mengulas bahawa kuasa Raja secara keseluruhannya dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini adalah terhad. – UMNO Online
Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais
- BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh
- Ziarah Kasih UMNO Putrajaya, Sumbangan Kerusi Roda Ringankan Beban Pengundi Sakit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing
You must be logged in to post a comment.