Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah

Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah

Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan dukacita atas pemergian Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Allahyarham Datuk Umar Arbain yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemergian tersebut merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham disifatkan sebagai seorang pemimpin parti yang setia serta sentiasa dekat dengan masyarakat.

“Menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Umar Arbain, Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Paya Besar serta seluruh warga UMNO Pahang yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin parti yang setia dan sentiasa dekat dengan masyarakat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing


Ahmad Zahid turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya dan seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta keluarga UMNO Paya Besar atas ujian kehilangan ini.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman,” ujar beliau. – UMNO Online

Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker