Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Najib Samuri menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan parti, kerajaan negeri serta rakyat Parit Yaani yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang beliau menggalas amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu sejak 2022.
Beliau berkata demikian susulan pembubaran Dewan Negeri Johor yang diumumkan semalam oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekali gus menandakan berakhirnya penggal pentadbiran DUN Johor bagi tempoh 2022 hingga 2026.
Menurut beliau, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat Parit Yaani, pelbagai pengalaman dan tanggungjawab telah dilaksanakan demi memastikan kebajikan serta kepentingan rakyat sentiasa diberi perhatian.
Najib turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili parti di DUN Parit Yaani.
Beliau turut berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Onn Hafiz serta Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Lassim Burhan, serta seluruh saf kepimpinan parti yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
Dalam masa sama, Najib turut melihat kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Johor berjaya memacu kemajuan negeri serta mengekalkan keprihatinan terhadap rakyat Johor.
Beliau juga mendoakan agar Johor terus maju dan makmur serta rakyat di DUN Parit Yaani sentiasa berada dalam keadaan sejahtera menjelang fasa baharu politik negeri selepas pembubaran Dewan Negeri Johor.
“Semoga segala khidmat bakti yang telah dilaksanakan diterima dan memberi manfaat kepada rakyat serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
Memetik laporan, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa semalam.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pagi tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
“Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.
“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi.
“Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan stabil dan kukuh,” katanya pada sidang media di Kediaman Menteri Besar Johor, di sini, semalam.
Beliau turut menzahirkan harapan agar keharmonian serta muafakat rakyat Johor terus terpelihara.- UMNO Online
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini – Dr Masliha
- Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
You must be logged in to post a comment.