Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sempena sambutan penuh bersejarah tersebut.
“Patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan dan berada dalam lindungan rahmat Allah SWT,” katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur serta menjunjung kasih atas kebijaksanaan pemerintahan Baginda dalam memayungi rakyat dan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
- Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak
- Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah
Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh
“Patik dan seisi keluarga dengan penuh takzim menjunjung kasih dan mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta terus bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta negara tercinta.
“Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku!” katanya lagi.
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong merupakan antara acara utama negara yang diraikan setiap tahun sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak perpaduan serta kestabilan negara. – UMNO Online
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan

You must be logged in to post a comment.