Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai

Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai

Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abdul Azis meneruskan khidmat bakti di kawasan dengan menyantuni rakyat menerusi pertemuan santai bersama masyarakat setempat.

Terkini beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin berbesar hati memenuhi jemputan ke beberapa majlis perkahwinan yang diadakan pada hujung minggu lalu.

“Berkesempatan memenuhi jemputan ke beberapa majlis perkahwinan di sekitar DUN Sungai Rambai. Tahniah dan selamat pengantin baharu kepada semua pasangan mempelai.

“Semoga ikatan yang dibina diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan, ketenangan serta berkekalan hingga ke syurga. Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan dan layanan yang sangat mesra,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, menerusi perkongsian terdahulu beliau turut sama berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Wanita UMNO DUN Sungai Rambai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong


Menurut beliau mesyuarat ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan gerak kerja organisasi dan pembangunan masyarakat di peringkat DUN.

“Semoga semangat kerjasama dan kesepakatan yang terjalin terus diperkukuhkan demi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi manfaat masyarakat di DUN Sungai Rambai,” ujar beliau.

Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai

Dalam pada itu Siti Faizah turut mengadakan program ziarah kasih ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan.

Katanya kunjungan tersebut menjadi ruang untuk bertanya khabar serta mendengar pandangan dan keperluan masyarakat.

“Insya-Allah, komitmen untuk sentiasa mendekati rakyat dan membantu sedaya upaya akan terus menjadi keutamaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan


“Terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan. Semoga semua yang dikunjungi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT,” ujar beliau. – UMNO Online

Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker