UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis

PADANG BESAR, 3 Jun – UMNO Bahagian Padang Besar berkeyakinan bahawa penubuhan Majlis Perbandaran Padang Besar (MPPB) mampu mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Perlis sekali gus mengimbangi pembangunan antara Kangar dan kawasan utara negeri.
Ketuanya, Ruzaini Rais berkata, keperluan mewujudkan MPPB kini semakin mendesak susulan perkembangan pesat projek strategik seperti Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port (PIP) yang dijangka mengubah landskap ekonomi Padang Besar pada masa hadapan.
Menurut beliau, kewujudan sebuah majlis perbandaran khusus bagi kawasan Padang Besar akan membolehkan perancangan pembangunan dilaksanakan secara lebih tersusun, fokus dan berterusan sejajar dengan peranan kawasan itu sebagai hab industri, logistik dan perdagangan rentas sempadan.
“UMNO Padang Besar berkeyakinan bahawa penubuhan MPPB akan mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Perlis. Ia bukan sahaja dapat mengimbangi pembangunan antara Kangar dan kawasan utara negeri, malah membantu mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, transformasi ekonomi yang sedang berlaku di Padang Besar memerlukan sebuah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai tumpuan khusus terhadap keperluan pembangunan kawasan tersebut, termasuk aspek perancangan bandar, pelaburan, infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kebangkitan BN Berteraskan Khidmat, Kecekapan Dan Kesiapsiagaan Masa Depan – Suraya
- PRN Johor: Onn Hafiz Tegaskan Senarai Calon Tular Adalah Palsu
Siti Faizah Terus Santuni Rakyat, Perkukuh Silaturahim Di Sungai Rambai
Tambahnya, MPPB juga dilihat mampu meningkatkan keyakinan pelabur kerana proses pentadbiran dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap serta responsif terhadap keperluan industri dan komuniti setempat.
Sehubungan itu, Ruzaini memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Padang Besar akan mengemukakan usul agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan Majlis Perbandaran Padang Besar dalam usaha mempercepatkan pembangunan kawasan berkenaan dan memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih seimbang oleh rakyat Perlis.
Menurutnya, penubuhan MPPB bukan sekadar melibatkan aspek pentadbiran tempatan, tetapi merupakan langkah strategik bagi membentuk masa depan ekonomi negeri dengan menjadikan Padang Besar sebagai pemacu baharu pertumbuhan dan kemakmuran Perlis. – UMNO Online
UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
You must be logged in to post a comment.