Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan persidangan UMNO sebagai manifestasi kekuatan demokrasi parti yang berteraskan suara akar umbi dan rakyat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata ia sekali gus membuktikan UMNO bukan sekadar sebuah parti politik sebaliknya sebuah institusi perjuangan.
Ketika parti-parti lain berbicara tentang rakyat, UMNO memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara melalui akar umbinya.
“Bermulanya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian seluruh negara membuktikan bahawa UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah institusi perjuangan yang dibina atas suara dan kehendak rakyat.
“Dengan 191 Bahagian dari Perlis hingga Sabah, setiap pandangan, cadangan dan denyut nadi masyarakat dibawa ke meja perbahasan untuk diterjemahkan menjadi dasar dan tindakan. Inilah kekuatan UMNO yang sebenar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
Menurut Reezal lagi keputusan parti tidak lahir daripada segelintir individu malah melalui proses demokrasi yang memberi ruang kepada suara akar umbi untuk didengari dan dihormati.
Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam itu lagi, persidangan ini menjadi medan untuk memperkukuhkan parti serta merangka penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi negara.
“Segala usul dan pandangan yang dibahaskan adalah cerminan harapan rakyat yang mahukan kestabilan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik.
“Sejarah telah membuktikan bahawa ketika negara memerlukan kepimpinan yang berpengalaman, sederhana dan bertanggungjawab, UMNO sentiasa tampil membawa suara rakyat ke hadapan.
“Kepercayaan yang dibina sejak sekian lama bukan datang dengan kata-kata, tetapi melalui rekod perjuangan, pengorbanan dan khidmat yang berterusan,” ujar beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
Dalam pada itu beliau turut menyeru seluruh perwakilan memanfaatkan platform ini dengan sebaik-baiknya dengan membawa suara rakyat.
“Bawalah suara rakyat, pertahankan kepentingan mereka dan tunjukkan bahawa UMNO kekal sebagai parti yang memahami denyut nadi masyarakat serta sentiasa menjadi harapan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Terdahulu Persidangan UMNO Cawangan telah berlangsung awal Januari sehingga 17 Mei 2026 yang kemudian akan disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bermula pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026. Perhimpunan Agung UMNO 2026 pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
- Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini – Dr Masliha
- Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani
You must be logged in to post a comment.