UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital

PUTRAJAYA, 3 Jun – Keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat terus menjadi keutamaan apabila Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim bersama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr. Tengku Iqbal Munawwir mewakili Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menziarahi beberapa warga Putrajaya yang sedang diuji dengan masalah kesihatan serta terlibat dalam kemalangan.
Dalam program ziarah kebajikan tersebut, rombongan turut menyampaikan sumbangan berupa katil hospital bagi membantu memudahkan urusan penjagaan pesakit di rumah, selain menyantuni ahli keluarga yang sedang menghadapi cabaran menjaga insan tersayang.
Menurut Dr. Tengku Iqbal Munawwir, usaha turun padang dan mendekati rakyat yang memerlukan akan terus menjadi agenda utama Pemuda UMNO Putrajaya dalam memastikan tiada warga yang berdepan kesukaran dibiarkan bersendirian.
“Pemuda UMNO Putrajaya sentiasa percaya bahawa khidmat kepada rakyat bukan sekadar slogan, tetapi amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Kehadiran kami hari ini bukan hanya untuk menyampaikan sumbangan, tetapi sebagai tanda bahawa mereka tidak bersendirian menghadapi ujian ini. Insya-Allah, kami akan terus bersama masyarakat dalam apa jua keadaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
Beliau turut menegaskan bahawa semangat kebersamaan dan kepedulian sosial perlu terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan sokongan.
Ujarnya, program ziarah seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UMNO Putrajaya dalam mendekati rakyat serta memahami sendiri keperluan yang dihadapi mereka.
“Keutamaan kita adalah memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, selain memberikan sokongan moral kepada pesakit dan keluarga.”
Tegasnya lagi, program tersebut mencerminkan iltizam kepimpinan UMNO Putrajaya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira waktu, selaras dengan semangat perjuangan parti yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat. – UMNO Online
UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
- Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini – Dr Masliha
- Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani
You must be logged in to post a comment.