Semua Salah UMNO?
Semua Salah UMNO?
SEJAK kebelakangan ini, pelbagai pihak cuba meletakkan sepenuhnya tanggungjawab krisis Negeri Sembilan di atas bahu UMNO. Namun hakikatnya, tuduhan tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar.
UMNO Negeri Sembilan sejak awal lagi telah memberi peringatan bahawa punca krisis ini berpunca daripada kegagalan Menteri Besar mengurus dan menyelesaikan isu yang timbul secara berkesan sehingga kemuliaan dan kedudukan institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Co-Roler diperdebatkan secara terbuka oleh semua.
Sebelum 14 ADUN UMNO menarik sokongan pada 27 April 2026, pelbagai nasihat dan pandangan telah diberikan agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan krisis ini menjadi semakin parah. Malangnya, segala peringatan tersebut tidak diendahkan.
Sepanjang 60 tahun UMNO memerintah Negeri Sembilan, tidak dinafikan krisis adat ini ada juga berlaku, akan tetapi ia tidaklah sebesar dan separah ini sehingga berlaku kejadian-kejadian yang dilihat memalukan institusi Diraja, Undang serta adat perpatih di Negeri Sembilan.
Mengenai keputusan UMNO Negeri Sembilan untuk bersedia bertanding di kesemua 36 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri kali ini, ia bukanlah tindakan angkuh atau mendabik dada.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran

Sebaliknya, keputusan tersebut dibuat selepas Pengerusi DAP Negeri Sembilan sendiri mengumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan bahawa PH akan bertanding di semua 36 kerusi DUN. Sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO juga bersedia menawarkan pilihan kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Justeru, bagaimana UMNO boleh dipersalahkan sepenuhnya sedangkan fakta-fakta berikut tidak boleh dinafikan?
1. Menteri Besar telah disabdakan sebagai berbohong oleh Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin. Itu bukan dakwaan yang datang daripada UMNO.
2. Menteri Besar turut dinyatakan tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut dan sewajarnya meletakkan jawatan. Kenyataan itu juga bukan dikeluarkan oleh UMNO.
3. Tuntutan mendapatkan minit DEWAN KEADILAN DAN UNDANG bukan dibuat oleh UMNO, sebaliknya oleh Ahli Dewan itu sendiri sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
4. Menteri Besar turut disabdakan sebagai memperlekehkan kedudukan Co-Ruler sebagaimana yang dinyatakan oleh Undang Yang Empat. Sekali lagi, bukan UMNO yang mengeluarkan kenyataan tersebut terlebih dahulu.
5. Menteri Besar sendiri memaklumkan kepada media bahawa pembubaran DUN hanya akan berlaku seawal Oktober 2026 selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
6. Namun akhirnya Menteri Besar jugalah yang mengumumkan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 yang berkuat kuasa pada 5 Jun 2026.
7. Desakan awal supaya DUN Negeri Sembilan dibubarkan selepas pembubaran DUN Johor juga bukan datang daripada UMNO. Sebaliknya, Pengerusi DAP Negeri Sembilan dengan penuh angkuh menyatakan bahawa Negeri Sembilan akan turut membubarkan DUN dalam tempoh 24 jam selepas Johor. Jadi, bagaimana pula UMNO yang terus dipersalahkan?
Sepanjang tempoh krisis ini sehingga pembubaran DUN dibuat, tidak pernah diadakan sebarang pertemuan rasmi atau perbincangan serius oleh Menteri Besar bersama 14 ADUN UMNO untuk menerangkan langkah penyelesaian yang sedang diambil bagi meredakan kemelut yang menjadi punca penarikan sokongan 14 ADUN UMNO pada Menteri Besar.
Jadi tak payahlah semuanya di salahkan UMNO.
Sehingga hari ini, tiada satu kenyataan rasmi atau apa-apa kenyataan yang Menteri Besar keluarkan untuk menjawab atau meredakan malah untuk mendamaikan sehingga krisis ini dapat di selesaikan. Yang ada hanyah kenyataan politik dan terus menyalahkan UMNO.
Persoalannya, sampai bila pihak tertentu mahu terus membaling batu, kemudian menyembunyikan tangan?
UMNO tidak lari daripada tanggungjawab. UMNO mengambil pendirian berdasarkan prinsip, mempertahankan maruah institusi negeri serta memastikan kestabilan pentadbiran sentiasa menjadi keutamaan.
Cukuplah menjadikan UMNO sebagai kambing hitam bagi setiap kegagalan orang lain.
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏.
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁.
𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈.

𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐓𝐀𝐏𝐇𝐀 𝐍𝐀𝐆𝐎𝐎𝐑
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.