Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berbesar hati menziarahi Rumah Anak-Anak Yatim Gembala Baik di Buntong yang terkesan akibat kebakaran.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor dan Ketua Wanita UMNO Negeri Perak berkata meskipun kejadian berlaku dalam sekelip mata, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.
“Saya hadir bersama ADUN Buntong, Thulsi Manogaran, Pengarah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Negeri Perak serta pihak pentadbiran daerah bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat disegerakan demi keselamatan dan keselesaan anak-anak yang menghuni pusat ini. RM18,000.00 telah disalurkan bagi tujuan baik pulih awal.
“Kerajaan Negeri Perak setiap tahun memperuntukkan sebanyak RM400,000 khusus bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penguasaan Media Sosial Penting Untuk Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat
“Peruntukan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di bawah jagaan sentiasa terpelihara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Salbiah dalam pada itu turut sama meminta JKM Negeri Perak untuk melaksanakan pemantauan menyeluruh dan turun padang ke semua rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Perak bagi menilai tahap keselamatan premis, kebajikan penghuni serta keperluan penambahbaikan yang perlu disegerakan.
Katanya, ini kerana Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam keselamatan penghuni, khususnya melibatkan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan institusi kebajikan.
“Sebarang risiko yang boleh mengancam kesejahteraan mereka perlu dikenal pasti dan ditangani segera agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan pada masa hadapan.
“Anak-anak ini adalah amanah kita bersama. Semoga segala urusan baik pulih dipermudahkan dan mereka terus membesar dalam persekitaran yang selamat, selesa dan penuh kasih sayang,” ujar beliau. – UMNO Online
Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
You must be logged in to post a comment.