Pekerja kedai runcit cedera dilibas pedang dalam kejadian samun
Pekerja kedai runcit cedera dilibas pedang dalam kejadian samun

BALING: Seorang pekerja kedai runcit cedera di belakang badan akibat dilibas pedang dalam kejadian samun membabitkan sekumpulan empat lelaki di sebuah kedai runcit di Kampung Kuala Lesung, Kuala Ketil.
Sekumpulan lelaki memakai topi keledar, topeng, jaket dan bersarung tangan dan seorang daripadanya bersenjatakan pedang memasuki kedai runcit itu jam 8.45 malam Isnin lalu menaiki sebuah Perodua Bezza putih.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia sekitar 20-an.
“Ketika menyamun, suspek memegang pedang melibas ke arah mangsa menyebabkan dia cedera di belakang badan.
“Suspek kemudian melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Brandon berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Baling dan kerugian sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.
Pekerja kedai runcit cedera dilibas pedang dalam kejadian samun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
You must be logged in to post a comment.