Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan

Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan

Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan

SANDAKAN, 8 Jun – Isu infrastruktur asas terus menjadi fokus perhatian apabila Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mengadakan lawatan kerja ke Kampung Pergaulan Warga Permai Ulu bagi meninjau cadangan menaik taraf jalan gravel kepada jalan konkrit.

Ujarnya, lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan jalan sedia ada yang menjadi laluan utama penduduk kampung, selain menilai keperluan sebenar bagi tujuan perancangan pembangunan akan datang.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah wakil Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Gum-Gum serta kepimpinan UMNO Libaran yang bersama-sama meninjau keadaan di lapangan.

Menurut Suhaimi, lawatan turun padang seperti ini penting bagi memastikan setiap permasalahan rakyat difahami secara langsung sebelum sebarang cadangan projek diangkat ke peringkat seterusnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy

“Keperluan menaik taraf jalan ini adalah antara perkara yang disuarakan penduduk sejak sekian lama. Kita akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk meneliti pelaksanaannya secara berfasa berdasarkan keutamaan dan kemampuan peruntukan,” katanya.

Beliau menambah, penyediaan infrastruktur jalan yang lebih baik bukan sahaja meningkatkan keselesaan penduduk, malah memberi impak kepada kemudahan pergerakan harian termasuk akses ke sekolah, pusat kesihatan dan aktiviti ekonomi setempat.

Pihak UPPM Gum-Gum dan UMNO Libaran turut menyatakan komitmen untuk terus membantu menyuarakan keperluan rakyat di kawasan berkenaan agar perhatian sewajarnya dapat diberikan oleh pihak berwajib.

Lawatan tersebut diakhiri dengan tinjauan tapak bagi menilai keadaan semasa jalan gravel yang dicadangkan untuk dinaik taraf, sebagai langkah awal ke arah perancangan pembangunan infrastruktur kampung tersebut. – UMNO Online

Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker