Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh
Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh menegaskan bahawa pendirian Barisan Nasional (BN) Johor menolak kerjasama politik dengan Dap bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah satu bentuk keangkuhan, sebaliknya lahir daripada prinsip perjuangan serta menghormati suara akar umbi dan sentimen rakyat negeri itu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor menjelaskan, kenyataan Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke yang melabel pihak tertentu sebagai angkuh hanya kerana memilih untuk mempertahankan pendirian politik sendiri adalah tidak wajar dan boleh mengelirukan rakyat.
“Saya ingin mengingatkan Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke supaya tidak terlalu cepat melabel pihak lain sebagai angkuh hanya kerana di Johor memilih untuk berpegang kepada prinsip.
“Yang kami tegaskan sejak awal adalah pendirian politik BN Johor yang tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam PRN Johor. Pendirian ini bukan lahir daripada keangkuhan, tetapi lahir daripada prinsip, mandat akar umbi dan menghormati sentimen rakyat Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran
“Kami tidak angkuh. Kami cuma konsisten dengan pendirian yang telah kami nyatakan secara terbuka sejak mula lagi. Prinsip tidak boleh dibeli dengan sindiran dan pendirian tidak akan berubah hanya kerana tekanan atau sindiran daripada beliau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Kata Pengerusi Wanita BN Parlimen Labis itu lagi, rakyat tidak seharusnya dikelirukan dengan hujah bahawa hubungan dalam pentadbiran kerajaan secara automatik mewajibkan kerjasama politik dalam pilihan raya.

“Janganlah cuba mengelirukan rakyat dengan hujah dangkal kononnya kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau (Anthony) duduk semeja dalam mesyuarat rasmi kerajaan, maka semua pihak wajib menerima Dap dalam kerjasama politik pilihan raya. Itu dua perkara yang berbeza sama sekali.
“Duduk semeja dalam urusan pentadbiran negara adalah tanggungjawab. Tetapi menentukan rakan politik dalam pilihan raya adalah soal prinsip dan hak setiap parti. Demokrasi tidak pernah mengajar bahawa seseorang perlu menyerahkan prinsip semata-mata untuk memuaskan hati pihak lain,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Anthony Loke seolah-olah menggambarkan Dap sukar menerima hakikat bahawa masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
“Lebih malang, kenyataannya seolah-olah menunjukkan parti tersebut sukar menerima hakikat bahawa ada pihak yang tidak bersetuju dengan mereka. Adakah berbeza pendirian terus dianggap angkuh? Adakah menolak kerjasama dengan Dap merupakan satu dosa besar sehingga perlu diperlekehkan.
“BN Johor tidak pernah memaksa Dap menerima prinsip perjuangan kami. Maka janganlah cuba memaksa rakyat Johor dan BN Johor menerima kehendak mereka,” tegasnya. – UMNO Online
Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Perjelas Keputusan Bubar DUN Johor Lebih Awal
- Semua Salah UMNO?
- PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.