Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi
Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi

KLANG, 8 Jun – Ali Majlhis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata semakin ramai rakyat mula merindui era kestabilan politik dan ekonomi ketika Barisan Nasional (BN) menerajui negara, susulan pelbagai cabaran serta ketidaktentuan yang berlaku dalam landskap politik semasa.
Menurut beliau, rakyat hari ini telah melalui pengalaman melihat pelbagai parti dan gabungan memerintah negara dan keadaan itu menyebabkan ramai mula membandingkan situasi semasa dengan zaman pentadbiran BN yang disifatkan lebih stabil dan konsisten.
“Rakyat telah merasai semua parti menjadi kerajaan. Hari ini semakin ramai yang merindui zaman kestabilan politik dan ekonomi ketika Barisan Nasional menerajui negara. Zaman di mana peluang pekerjaan lebih banyak, pembangunan bergerak rancak dan kehidupan rakyat lebih terjamin,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
Tegasnya, kestabilan politik merupakan faktor penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Justeru, katanya, kestabilan yang dinikmati UMNO pada masa ini perlu terus dipelihara bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Dalam masa sama, Mohd Rafi berkata pengalaman kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 perlu dijadikan pengajaran kepada seluruh ahli parti bahawa perpecahan dalaman hanya akan melemahkan perjuangan dan menjejaskan sokongan rakyat.

Beliau menyifatkan perpaduan dan kesatuan dalam parti sebagai asas utama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 serta usaha mendapatkan semula kepercayaan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Jadi Teras Politik Negara, Bukan Sekadar Slogan – Abdul Aziz
- UMNO Putrajaya Santuni Warga Ditimpa Ujian Kesihatan, Sumbang Katil Hospital
- UMNO Padang Besar Gesa Penubuhan MPPB, Yakin Jadi Pemangkin Ekonomi Kedua Perlis
Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran
“Kunci utama kekuatan sesebuah parti dan asas kemenangan pada PRU-16 adalah perpaduan dan kesatuan dalam parti. Kita perlu mengambil iktibar daripada kekalahan UMNO pada PRU-14 yang berpunca daripada perpecahan dan kelemahan dalaman.”
Katanya lagi, dengan semangat perpaduan, kesetiaan dan kerja keras seluruh ahli, UMNO mampu terus memperkukuh kedudukannya serta memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negara pada masa hadapan. – UMNO Online
Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Perjelas Keputusan Bubar DUN Johor Lebih Awal
- Semua Salah UMNO?
- PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.