Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang Datuk Rashidi Zinol hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah PERDA Tech Rohaimi Othman bersama delegasi bagi membentangkan perancangan dan pelan pelaksanaan beberapa program pembangunan pertanian yang akan dilaksanakan di negeri itu.
Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh itu, sesi perbincangan memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan sektor pertanian melalui pendekatan yang lebih moden, berdaya saing dan mampu meningkatkan pendapatan para petani serta usahawan tani, khususnya golongan belia.
“Saya amat menghargai komitmen PERDA Tech dalam mengemukakan pelbagai cadangan dan inisiatif yang berpotensi untuk memperkasakan pembangunan agromakanan serta memperluaskan peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan demi memastikan agenda keterjaminan makanan, pembangunan agroteknologi serta pemerkasaan usahawan tani dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu catatan di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Perjelas Keputusan Bubar DUN Johor Lebih Awal
- Semua Salah UMNO?
- PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN
Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy

Justeru itu, Rashidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berharap agar hasil perbincangan tersebut dapat diterjemahkan kepada program-program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negeri secara mampan.
Terdahulu dalam satu perkongsian di laman sosial yang sama, Rashidi berkata satu Taklimat dan Sesi Mencari Usahawan Tani Sayuran dan Kontan selaras dengan usaha memperkasa sektor pertanian dan melahirkan lebih ramai usahawan tani baharu di kawasan Seberang Perai Selatan akan diadakan.
Menurutnya, taklimat tersebut akan diadakan pada Khamis ini, 11 Jun bermula pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Pusat Kecemerlangan Pertanian Jabatan Pertanian, Sungai Acheh iaitu bersebelahan Pusat Khidmat ADUN N21 Sungai Acheh.
“Program ini merupakan kerjasama di antara Pusat Khidmat ADUN N21 Sungai Acheh dan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang bagi membuka peluang kepada penduduk setempat yang berminat untuk menceburi bidang pertanian secara lebih serius dan berpotensi menjana pendapatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
“Saya mengalu-alukan kehadiran golongan belia, lepasan sekolah, pesara, suri rumah serta sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti usahawan tani di kawasan kita,” katanya lagi.
Tambahnya, pertanian bukan lagi sekadar sumber makanan, malah merupakan satu sektor ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang baik sekiranya diusahakan dengan ilmu, teknologi dan kesungguhan. – UMNO ONLINE
Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan
- PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Perjuangan BN Terus Menyala Dengan Satu Hati, Satu Matlamat – Fuad Tukirin

You must be logged in to post a comment.