Johor Teruskan Bantuan Bakul Kasih Johor, Manfaat Lebih 550,000 Keluarga
Johor Teruskan Bantuan Bakul Kasih Johor, Manfaat Lebih 550,000 Keluarga

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Kerajaan Negeri Johor meneruskan usaha membantu rakyat berdepan kos sara hidup melalui pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan melebihi RM30 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif itu merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan, khususnya golongan berpendapatan rendah serta kumpulan rentan.
Beliau berkata bantuan tersebut turut disampaikan dalam beberapa program komuniti termasuk Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya serta ketika merasmikan Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram.
“Pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan sewajarnya, khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal serta keluarga yang berdepan tekanan kos sara hidup tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat bagi memastikan masyarakat di Johor menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan
- PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
Semangat Perjuangan BN Terus Menyala Dengan Satu Hati, Satu Matlamat – Fuad Tukirin
“Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif demi memastikan Bangsa Johor hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur,” ujarnya. – UMNO Online
Johor Teruskan Bantuan Bakul Kasih Johor, Manfaat Lebih 550,000 Keluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Perlu Terus Bersatu, Jangan Peduli Pihak Luar – Tengku Adnan
- “Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah
- Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
You must be logged in to post a comment.