Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati perbezaan pendirian politik dalam kalangan parti-parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan, susulan kenyataan berkaitan hubungan UMNO dan Dap.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, berkata reaksi keras yang ditunjukkan oleh Anthony Loke terhadap kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah tidak wajar.
“Persoalannya, mengapa perlu marah? UMNO tidak pernah mengadakan kerjasama politik secara rasmi dengan Dap. Apa yang berlaku selepas PRU15 adalah pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan demi menjamin kestabilan politik negara, memulihkan keyakinan pelabur serta memastikan pentadbiran negara dapat berjalan dengan baik selepas keputusan pilihan raya yang tergantung.
“Kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna semua parti perlu mengorbankan identiti, prinsip dan pendirian politik masing-masing. Setiap parti mempunyai hak untuk menentukan hala tuju dan pendirian mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan berhubung hal terbabit.
Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, pembentukan kerajaan tersebut bertujuan memulihkan keyakinan pelabur serta memastikan pentadbiran negara berjalan lancar selepas keputusan pilihan raya yang tergantung, dan ia tidak bermakna semua parti perlu mengorbankan prinsip serta identiti masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YB Loke Jangan Keliru Antara Tanggungjawab Negara dan Pilihan Politik
- Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh
Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi
“Kerjasama dalam kerajaan tidak bermaksud semua parti perlu mengubah pendirian politik mereka. Setiap parti masih mempunyai hak untuk menentukan hala tuju masing-masing,” katanya.
Mohd Rafi turut mempersoalkan reaksi terhadap pendirian UMNO, sambil menyatakan bahawa setiap parti politik di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak, mempunyai pendekatan kerjasama yang berbeza mengikut realiti politik negeri masing-masing.
Beliau memberi contoh situasi di Sabah dan Sarawak, termasuk hubungan antara Dap dan Warisan serta pendirian Gabungan Parti Sarawak yang tidak mempunyai kerjasama politik formal dengan Dap di negeri tersebut.

“Setiap parti mempunyai hak menentukan bentuk kerjasama yang sesuai dengan kehendak rakyat dan keadaan politik setempat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa UMNO kekal konsisten dengan pendiriannya dan menolak dakwaan bahawa parti itu telah berubah prinsip selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Perjelas Keputusan Bubar DUN Johor Lebih Awal
- Semua Salah UMNO?
- PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN
Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy
“Kerjasama yang dibentuk adalah demi kestabilan negara, bukan kerana UMNO mengubah identiti atau prinsip perjuangannya,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak agar menghormati perbezaan pandangan dalam Kerajaan Perpaduan serta mengelakkan tindakan menyerang antara satu sama lain kerana perbezaan pendapat politik.
“Biarlah rakyat menjadi hakim. Bertandinglah secara sihat, berhujah dengan fakta dan hormati pendirian masing-masing demi kestabilan negara,” katanya lagi. – UMNO Online
Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan
- PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Perjuangan BN Terus Menyala Dengan Satu Hati, Satu Matlamat – Fuad Tukirin

You must be logged in to post a comment.