Duit hantaran lebih RM12,000 baru diterima hilang

Duit hantaran lebih RM12,000 baru diterima hilang

Duit hantaran lebih RM12,000 baru diterima hilang
Kecurian itu berlaku kira-kira 20 minit selepas selesai majlis pertunangan. – Lambe Turah

JAKARTA – Sebuah keluarga di Bantaeng, wilayah Sulawesi Selatan terkejut apabila duit hantaran sebanyak 55 juta rupiah (RM12,304) yang baru diberikan oleh pengantin lelaki hilang akibat dicuri, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku kira-kira 20 minit selepas majlis pertunangan selesai, baru-baru ini.

Keluarga pengantin perempuan menyembunyikan duit hantaran tersebut di dalam almari yang telah dikunci.

Pencuri didakwa menyelinap masuk ke dalam rumah dan membuka almari selepas rombongan pengantin lelaki pulang ke rumah.

Kecurian itu terbongkar selepas keluarga pengantin perempuan mendapati almari tersebut rosak, manakala kesemua duit yang disimpan turut hilang.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek. – AGENSI

Duit hantaran lebih RM12,000 baru diterima hilang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker