Sesat jalan, cari susur keluar punca warga emas pandu kereta lawan arus di DASH – Polis

Sesat jalan, cari susur keluar punca warga emas pandu kereta lawan arus di DASH – Polis

Sesat jalan, cari susur keluar punca warga emas pandu kereta lawan arus di DASH - Polis
Tangkap layar video tular kereta dipandu warga emas secara lawan arus di DASH.

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas ditahan selepas aksinya memandu melawan arus di kilometer 10.1 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di sini, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsuddin Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam semalam ketika wanita berusia lingkungan 80-an itu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

“Suspek tersesat jalan dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum memandu secara melawan arus untuk mencari susur keluar dari lebuh raya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan berlaku antara kenderaan suspek dan mana-mana pemandu lain atau objek di lebuh raya berkenaan.

Katanya, suspek ditahan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

“Semua pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diinginkan berlaku. Pihak polis tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Jayseelan Supaya di talian 0182582531,” katanya.

Sesat jalan, cari susur keluar punca warga emas pandu kereta lawan arus di DASH – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker