4 ditahan kes provokasi, halang operasi perobohan di tanah simpanan kerajaan
4 ditahan kes provokasi, halang operasi perobohan di tanah simpanan kerajaan

KUDAT: Empat individu ditahan selepas dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi perobohan struktur binaan di atas tanah simpanan kerajaan di daerah kecil, Matunggong, hari ini.
Operasi kira-kira jam 9.30 pagi itu dijalankan pasukan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Kudat bersama beberapa agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), di kawasan tapak tambahan Pekan Baru Matunggong.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata ketika operasi dijalankan, beberapa pelajar dipercayai dari Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta penduduk kampung turut hadir di lokasi kejadian.
Beliau berkata, polis telah melakukan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan terkawal dan operasi berjalan lancar.
“Bagaimanapun, empat individu ditahan selepas dipercayai menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
“Sebelum tindakan penahanan diambil, pihak polis sudah memberikan nasihat serta amaran supaya semua yang berada di lokasi memberi kerjasama dan mengosongkan kawasan perobohan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Namun, beliau berkata, arahan itu tidak dipatuhi, malah didakwa berlaku provokasi serta tindakan menghalang penjawat awam ketika operasi berkenaan dijalankan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Dalam insiden itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera di kepala akibat terjatuh.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
Mohd Haris berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa bertenang dan tidak mengambil tindakan bertentangan undang-undang, termasuk mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni menerusi media sosial.
4 ditahan kes provokasi, halang operasi perobohan di tanah simpanan kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.