Suri rumah dituduh semula buat hantaran komunikasi jelik terhadap Agong

Suri rumah dituduh semula buat hantaran komunikasi jelik terhadap Agong

Suri rumah dituduh semula buat hantaran komunikasi jelik terhadap Agong
Suri rumah, Suhaila Abd Halim, 40 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi Facebook pada Januari tahun lalu. – Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Seorang suri rumah dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi Facebook pada Januari, tahun lalu.

Suhaila Abd Halim, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada enam anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya kepada Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan ia dilihat pada 8.30 pagi, 5 Januari 2025 di Hospital Sungai Buloh.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali.

Ikat jamin RM7,000

Hakim membenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan untuk melapor diri ke pejabat MCMC berhampiran kediaman sebulan sekali sehingga kes selesai selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Suhaila sebelum ini pernah dituduh dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen yang sama, 7 Julai tahun lalu.

Namun, mahkamah pada 17 September 2025 melepas tanpa membebaskan (DNAA) Suhaila berikutan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu, yang memutuskan bahawa perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ dalam Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai tidak berperlembagaan serta membatalkannya selepas membenarkan rayuan aktivis Heidy Quah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya pada 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


Mahkamah Persekutuan pada 6 Februari lalu kemudian memutuskan bahawa perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ di bawah Seksyen 233 adalah sah serta selaras dengan Perlembagaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa sebarang komunikasi dalam talian yang bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, mendera, mengugut atau mengganggu orang lain adalah suatu kesalahan jenayah.

Suri rumah dituduh semula buat hantaran komunikasi jelik terhadap Agong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker