Keluarga anggota bomba tinggal sehelai sepinggang
Keluarga anggota bomba tinggal sehelai sepinggang

KOTA BHARU: “Selama ini kita bantu padam kebakaran rumah orang lain tapi apabila berlaku kepada diri sendiri dan gagal selamatkan rumah pusaka, memang rasa ralat,” kata anggota bomba yang juga mangsa kebakaran rumah di Kampung Jambu Merah, Melor, di sini.
Kejadian tengah hari Jumaat lalu menyebabkan rumah yang didiami Mohd Alifudin Ahmad, 37, bersama isteri dan empat anaknya hangus dan mereka tinggal sehelai sepinggang.
Mohd Alifudin yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini, berkata, dia mengetahui rumahnya terbakar apabila pulang dari masjid selepas solat Jumaat bersama dua anaknya berusia sembilan serta 12 tahun.
“Saya dapati ramai orang di lorong memasuki rumah dan dari jauh ternampak api sedang marak dari rumah dan terus berlari kerana fikiran teringatkan isteri serta dua anak yang masih kecil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
“Sebaik tiba, syukurlah mereka selamat dan dalam keadaan api sedang marak, saya menerpa masuk ke garaj untuk membawa keluar tiga motosikal kerana sebagai anggota bomba, saya tahu tahap mana kawasan mana boleh dimasuki.
“Bagaimanapun, rumah kami gagal diselamatkan dan jika saya ada ketika kejadian, Insya-Allah kebakaran mampu dielakkan tapi sudah takdir, kami reda saja lah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Mohd Alifudin berkata, isterinya, Nik Noor Fatihah Nik Man, 37, yang ketika itu berada di dalam bilik bersama dua anak yang berusia lima dan dua tahun.
Isterinya terdengar letupan kecil beberapa kali dari ruang tamu sebelum keluar melihat ada api di kotak fius dan dia yang panik segera mendukung dua anaknya keluar dari rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
“Isteri sempat mengambil sejumlah wang milik ibu mentua untuk urusan jual beli tanah yang disimpan di dalam bilik manakala wang tabung empat anak bernilai RM3,000 hangus,” katanya.
Mohd Alifudin yang juga anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Kelantan berkata, kebakaran itu turut menghanguskan lebih 10 uniform kerjanya yang terdiri daripada pakaian rasmi, celoreng serta harian bomba.
“Bukan sahaja pakaian kami enam beranak hangus tapi juga lebih 10 uniform kerja terbakar serta rosak dan buat masa kini saya masih diberi cuti kecemasan,” katanya yang menumpang rumah sepupu di sebelah kediamannya yang terbakar.
Terdahulu mereka menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kelantan, Penolong Penguasa Bomba El Taraf Mohd Zachariah yang hadir menyerahkan sumbangan dari jabatan.
El Taraf berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan penempatan kuarters bomba dan BBP terdekat iaitu di Ketereh untuk Mohd Alifudin manakala bantuan yang lain akan menyusul.
“Hari ini saya serahkan sumbangan dari Unit Kebajikan bomba serta derma kakitangan bomba di Kelantan dan kami akan bantu membuat permohonan di bawah Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB), yang memperuntukkan sumbangan sehingga RM50,000 maksimum untuk anggota yang ditimpa bencana,” katanya.
Keluarga anggota bomba tinggal sehelai sepinggang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.