Remaja maut, 2 lagi cedera kereta rempuh van di Losong Feri
Remaja maut, 2 lagi cedera kereta rempuh van di Losong Feri

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki, maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan van di Jalan Losong Feri, dekat Kampung Losong Panglima Perang, di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.36 petang, dengan mangsa yang maut dikenal pasti Wah Han Keong, 18, yang juga penumpang hadapan van jenis Nissan Vanette.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian Volkswagen Golf GTI dipandu lelaki berusia 43 tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala Muzium Losong, sementara Nissan Vanette dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah Taman Manir menghala ke bandar Kuala Terengganu.
“Kereta dinaiki satu keluarga itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah jalan, sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh van.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
“Kejadian menyebabkan Han Keong yang juga anak kepada pemandu van parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Turu cedera kanak-kanak berusia lapan tahun yang juga anak pemandu kereta yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, selain pemandu van.
“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Remaja maut, 2 lagi cedera kereta rempuh van di Losong Feri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.