Tidak sempat malam pertama, pengantin lelaki dicekup curi motosikal

Tidak sempat malam pertama, pengantin lelaki dicekup curi motosikal 

Tidak sempat malam pertama, pengantin lelaki dicekup curi motosikal
Suspek ditahan selepas selesai akad nikah di majlis perkahwinannya semalam. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Garut, wilayah Jawa Barat ditahan semasa melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya kerana didakwa mencuri sebuah motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.

Ketua polis tempatan,  Inspektor Deny Fourtjahjanto berkata, tangkapan dibuat selepas suspek dikenali sebagai H itu dikesan mencuri motosikal melalui rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

“Selepas mangsa membuat laporan, kami menemu bual dengan beberapa saksi dan memeriksa CCTV di lokasi kecurian di Desa Dukuh.

“Tidak lama kemudian, kami dimaklumkan bahawa suspek akan berkahwin,” kata Deny.

Beliau menambah, pasukannya bersama anggota polis Garut bergegas ke tempat perkahwinan H yang terletak di Desa Kota Kulon.

“Dia diberkas pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) selepas selesai akad nikah iaitu semasa majlis resepsi.

“Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Beat bersama dokumen kenderaan itu,” tambahnya. – AGENSI

Tidak sempat malam pertama, pengantin lelaki dicekup curi motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker