Wanita berjoging diserang 2 lelaki guna kulit durian
Wanita berjoging diserang 2 lelaki guna kulit durian

BANGKOK- Seorang wanita menuntut keadilan selepas dua lelaki menyerangnya dengan kulit durian semasa bersenam dalam kejadian di wilayah Chachoengsao, lapor halaman berita Thaiger.
Mangsa dikenali sebagai Noi, 48, menyerahkan salinan laporan polis dan sijil perubatan kepada beberapa media Thailand berikutan insiden itu yang berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) Ahad lalu.
Menurut Noi, dia dan suaminya keluar berjoging bersama-sama di luar sebuah dewan orang ramai tetapi kemudian berpisah kerana suaminya berlari lebih laju.
Dia meneruskan senaman bersendirian berhampiran kawasan letak motosikal.
Noi menyedari seorang lelaki memakai baju-T putih merenungnya semasa dia bersenam tetapi dia tidak berasa terancam sehingga lelaki itu tiba-tiba mendekati dan menarik baju mangsa ke atas kepalanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
Suspek menggunakan baju itu untuk menutup muka Noi sebelum berulang kali memukulnya dengan kulit durian.
Lelaki kedua kemudian menyertai serangan itu, memukulnya sehingga dia jatuh ke tanah.
Noi mengalami luka dan calar di muka serta akibat serangan itu. – AGENSI
Wanita berjoging diserang 2 lelaki guna kulit durian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.