Lembu nangis, sedih dijual

Lembu nangis, sedih dijual

Lembu nangis, sedih dijual
Tangkap layar video menunjukkan lembu itu menangis selepas diberitahu ia terpaksa dijual. – TikTok

JAKARTA – Seekor lembu jantan di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menangis selepas diberitahu oleh pemiliknya bahawa ia dijual kepada orang lain, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mbk_ri22 menunjukkan perakam melawat dan berbual dengan haiwan ternakan itu di kandangnya.

Lembu tersebut dilaporkan menanduk pemiliknya sebanyak tiga kali, menyebabkan dia dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Apabila diberitahu bahawa pemiliknya sudah pulih, lembu itu menangis seolah-olah rasa bersalah dengan perbuatannya.

Ia mengalirkan air mata tanpa henti ketika diberitahu bahawa mereka terpaksa melepaskannya kerana memerlukan duit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja


Rakaman itu mencatatkan lebih 13 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kenapa saya pula menangis?” kata seorang netizen. – AGENSI

Lembu nangis, sedih dijual


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker