Bot karam di perairan Sabak Bernam, polis buru 3 PATI hilang
Tidak sempat malam pertama, pengantin lelaki dicekup curi motosikal

SHAH ALAM: Polis giat memburu tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih hilang susulan kejadian sebuah bot karam berhampiran sebuah kolam pancing di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, ketika ini pihaknya masih menjejaki kesemua lelaki terbabit.
Terdahulu, kata beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 7.50 pagi.
“Seramai 16 PATI warga Indonesia dan Bangladesh berjaya diselamatkan dengan usia mereka lingkungan 24 hingga 50 tahun.
Beliau berkata, kesemua PATI kemudian direman selama dua minggu bermula semalam sehingga 30 Mei ini bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Md Yusof turut menzahirkan penghargaan kepada agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bekerjasama sepanjang operasi menyelamatkan mangsa.
Terdahulu, media melaporkan sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing terbalik dan karam di perairan Sabak Bernam.
Seramai 16 mangsa berjaya diselamatkan dan mereka terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita.
Bot karam di perairan Sabak Bernam, polis buru 3 PATI hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.