Wanita maut disyaki terjatuh dari tingkat 17 kondominium

Wanita maut disyaki terjatuh dari tingkat 17 kondominium

Wanita maut disyaki terjatuh dari tingkat 17 kondominium
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi mangsa ditemui di kawasan kondominium, Jalan 18, Kota Kinabalu. – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan 18, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mayat mangsa yang berusia lingkungan 50-an ditemui terbaring di bahagian bawah bangunan oleh kakitangan kondominium berkenaan.

Difahamkan, kesan kejadian menyebabkan sebelah kaki mangsa terputus dan tercampak ke sebelah bangunan, dipercayai selepas terkena cermin kondominium ketika terjatuh.

Sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran turut rosak akibat dihempap tubuh mangsa.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Balai Polis Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

Turut berada di lokasi ialah Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi menjalankan siasatan lanjut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Wanita maut disyaki terjatuh dari tingkat 17 kondominium


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker