Wanita ditikam di leher: Polis sedang kesan suspek, siasat motif kejadian

Wanita ditikam di leher: Polis sedang kesan suspek, siasat motif kejadian

Wanita ditikam di leher: Polis sedang kesan suspek, siasat motif kejadian
Anggota forensik melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan mangsa yang cedera ditikam di bahagian leher oleh seorang lelaki di Kepala Batas. – Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR

ALOR SETAR: Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam seorang wanita dalam sebuah kereta jenis Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata suspek lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai menaiki kereta bersama wanita berusia 35 tahun berkenaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku jam 9.19 malam dan kedua-dua mereka mengenali antara satu lain kerana bekerja sebagai ejen hartanah.

“Kenderaan itu adalah milik mangsa dan suspek berada di sebelah tempat duduk pemandu kereta kejadian berlaku.

“Kecederaan itu mungkin esok (hari ini) kita akan kemas kini selepas selesai rawatan doktor,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian pagi ini.

Syed Basri berkata, suspek dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian dan pihaknya dalam usaha untuk mengesan lelaki itu.

Katanya, setakat ini motif atau punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.

“Kita tidak tahu sejauh mana hubungan mereka tapi kita percaya mereka saling kenal mengenali kerana mereka naik kenderaan yang sama.

“Setakat ini senjata yang digunakan dalam kejadian itu belum ditemui dan kita percaya suspek dan mangsa adalah penduduk tempatan di sini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


Dalam pada itu, Syed Basri juga menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital seperti yang dilaporkan di media sosial.

“Belum… mangsa sedang dirawat di HSB dan keadaannya stabil setakat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Syed Basri turut meminta kerjasama masyarakat supaya membantu polis menyalurkan maklumat berkaitan suspek.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera tikam di bahagian kanan leher oleh lelaki dikenalinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.15 malam dan mangsa wanita berusia 35 tahun.

Wanita ditikam di leher: Polis sedang kesan suspek, siasat motif kejadian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker