Carrick ditawarkan kontrak tiga tahun bersama United

Carrick ditawarkan kontrak tiga tahun bersama United

Carrick ditawarkan kontrak tiga tahun bersama United
PENGURUS United, Michael Carrick. FOTO Agensi

London: Manchester United dilaporkan sudah mencapai persetujuan dengan pengendali interim, Michael Carrick untuk dilantik sebagai pengurus tetap kelab itu dengan tawaran kontrak lumayan.

Carrick, 44, kembali ke Old Trafford pada Januari lalu dan berjaya menghidupkan semula prestasi United selepas melalui enam bulan penuh bergelora di bawah bekas pengendali, Ruben Amorim.

Ketika legenda kelab itu mengambil alih pasukan, United berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum beliau berjaya mengubah nasib skuad dengan meraih 10 kemenangan dan hanya dua kekalahan dalam 15 perlawanan sehingga melonjak ke kedudukan ketiga liga.

Bekas pengendali Middlesbrough FC itu turut mendapat sokongan besar daripada pemain, penyokong, pengulas bola sepak serta legenda United yang percaya beliau layak diberikan kontrak tetap.

Menurut laporan The Athletic, pengurusan tertinggi The Red Devils turut berkongsi pandangan sama apabila mereka dikatakan sudah mencapai “persetujuan secara umum” bersama Carrick.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


Bagaimanapun, rundingan masih berjalan bagi memuktamadkan kontrak membabitkan bekas pemain antarabangsa England itu bersama barisan kejurulatihannya.

Sebelum ini, dilaporkan United menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Carrick dengan pilihan lanjutan setahun lagi.

Pemilik minoriti kelab, Jim Ratcliffe dikatakan sudah memberikan lampu hijau kepada ketua pegawai eksekutif, Omar Berrada dan pengarah bola sepak, Jason Wilcox untuk memuktamadkan pelantikan itu.

Sebelum ini, beberapa nama lain turut dipertimbangkan termasuk pengendali AFC Bournemouth, Andoni Iraola, jurulatih Aston Villa, Unai Emery, pengendali Fulham, Marco Silva serta ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Luis Enrique.

Carrick ditawarkan kontrak tiga tahun bersama United


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker