Slot terima kekalahan dengan hati tenang
Slot terima kekalahan dengan hati tenang

London: Pengendali Liverpool FC, Arne Slot nyata tenang dan tidak bimbang meskipun pasukannya dibelasah 2-4 kepada Aston Villa FC dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga meletakkan peluang mereka ke Liga Juara-Juara musim depan dalam keadaan bahaya.
Kekalahan itu menyaksikan Liverpool merudum ke tangga kelima liga dan berisiko dipintas AFC Bournemouth, sekali gus menyebabkan mereka mungkin terlepas tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Kedudukan Slot turut menjadi perhatian sejak beberapa minggu kebelakangan ini, namun sebelum kekalahan kepada Villa, beliau mendedahkan sudah berbincang dengan pemilik kelab mengenai perancangan pasukan bagi musim depan.
“Ia bukan mengenai saya, tetapi mengenai kekecewaan kami terhadap keputusan perlawanan ini,” katanya kepada BBC.
“Saya sudah bercakap mengenai masa depan saya semalam dan itu sudah mencukupi.
“Fokus kami kini adalah aksi menentang Brentford FC minggu depan dan memastikan kami meraih sokongan penyokong dengan memulakan permainan secara agresif serta baik.
“Gabungan sokongan penyokong dan aksi cemerlang akan membantu kami mencapai sasaran utama iaitu layak ke Liga Juara-Juara,” katanya.
Dalam aksi itu, Villa meledak empat gol dan hampir menambah jaringan apabila pertahanan Liverpool dilihat mudah ditembusi sepanjang permainan.
Slot mengakui situasi itu membimbangkan dan masalah tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama.
“Kami sudah melepaskan terlalu banyak gol musim ini dan sukar untuk dipercayai kecuali anda sendiri melaluinya seperti hari ini. Villa adalah pasukan lebih baik dan kami gagal mengawal permainan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
“Ia bukan soal saya atau tahap kekecewaan saya, tetapi semua pihak kecewa termasuk pemain, staf dan sudah tentu penyokong.
“”Dalam bola sepak, perkara seperti tergelincir boleh berlaku seperti dialami Dominik Szoboszlai untuk gol kedua Villa, namun ia amat malang. Kami tahu apa yang perlu dilakukan minggu depan,” katanya.
Slot terima kekalahan dengan hati tenang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.