Imigresen bongkar aktiviti mengejutkan di Jalan Changkat, Bukit Bintang

Imigresen bongkar aktiviti mengejutkan di Jalan Changkat, Bukit Bintang

Imigresen bongkar aktiviti mengejutkan di Jalan Changkat, Bukit Bintang
Pegawai Imigresen memeriksa warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR: Seramai 152 warga asing ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di sebuah hotel di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada jam 1.30 pagi itu membongkar satu kegiatan tidak bermoral yang berselindung di sebalik operasi sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang menjadi tumpuan warga asing.

Wartawan BH yang menyertai operasi berkenaan turut melihat sendiri lambakan serbuk putih dadah jenis kethamine digunakan sebahagian besar warga asing yang berhibur di pusat hiburan mewah dilengkapi tempat tidur untuk melakukan hubungan seks.

Selain itu, sebahagian wanita warga asing juga didapati menjadi pelacur bagi menemani pelanggan warga asing lelaki yang berhibur di premis sama.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata serbuan dilakukan oleh 131 pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, bersama empat pegawai JKDM, susulan maklumat awam dan risikan sejak dua minggu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


“Siasatan awal mendapati hotel berkenaan menjadi tumpuan pelanggan warga asing khususnya warga China berikutan kewujudan sebuah pusat hiburan mewah yang menawarkan pakej pelacuran melibatkan warganegara asing dan beroperasi dari tingkat satu hingga tingkat enam (6) premis tersebut.

“Seramai 243 individu telah diperiksa melibatkan 194 warganegara asing dan 49 warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan, jabatan telah menahan seramai 152 warganegara asing terdiri daripada 129 warganegara China, (2) Taiwan, (5) Vietnam, (5) Myanmar, (8) Bangladesh serta masing-masing seorang warganegara Indonesia, Turki dan Vanuatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, semua mereka yang berumur di antara 21 hingga 32 tahun ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Per.39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 17 saman kepada saksi (Borang 29) ketika sepanjang operasi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


“Modus operandi mendapati premis pusat hiburan yang beroperasi selama tiga bulan ini dikawal ketat oleh ‘bouncer’ atau pengawal keselamatan warga tempatan di mana akses keluar masuk premis hanya diberikan kepada pelanggan berstatus VVIP.

“Harga bagi sebuah bilik bermula daripada RM50,000 dan mencecah RM100,000 bagi sebuah bilik eksklusif yang boleh dilanggan lebih dari 24 jam,” katanya.

Zakaria berkata, ketika serbuan dibuat, beberapa warga asing berada dalam keadaan khayal dan leka dengan alunan muzik yang kuat sehingga tidak menyedari kehadiran pegawai di lokasi tersebut.

Katanya, mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Imigresen tidak akan berkompromi sama sekali terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin,” katanya.

Imigresen bongkar aktiviti mengejutkan di Jalan Changkat, Bukit Bintang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker