Bekas pemandu didakwa ugut Hakim Mahkamah Tinggi
Bekas pemandu didakwa ugut Hakim Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Bekas pemandu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap hakim berkenaan, minggu lalu.
Mohd Fareez Mohd Zin, 39, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong, 64, dengan tujuan mendatangkan ketakutan terhadapnya dan dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada hakim itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Mahkamah Tinggi (Sivil) Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini pada jam 1.30 tengah hari, 8 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan jika ugutan adalah untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu kerana kesalahan terbabit tidak boleh dijamin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Peguam Karen Kaur yang mewakili Mohd Fareez, memohon supaya jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya yang sudah berkahwin, perlu menanggung tiga anak, selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.Bagaimanapun, Amritpreet membantah permohonan peguam berhubung jaminan bagi memastikan keselamatan hakim mahkamah.
“Jika mahkamah ingin memberikan jaminan, mohon jaminan tinggi serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran,” katanya.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan tidak memberikan jaminan terhadap lelaki itu dengan mengambil kira kesalahan itu tidak boleh dijamin dan bantahan pihak pendakwaan serta menetapkan 11 Ogos untuk sebutan kes.
Di mahkamah sama, Mohd Fareez mengaku tidak bersalah atas dakwaan iaitu melalui ujian air kencing, lelaki itu didapati memberikan dadah jenis Amphetmine dan Methamphetamine ke dalam badannya, di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini pada jam 11.10 malam, 12 Mei lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun serta pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Amritpreet menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala Karen memohon jaminan paling minima atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.
Bekas pemandu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengaku tidak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.