Penghantar makanan, keldai akaun antara 35 individu disyaki terbabit sindiket ahlong Singapura
Penghantar makanan, keldai akaun antara 35 individu disyaki terbabit sindiket ahlong Singapura

KUALA LUMPUR: Seramai 35 individu termasuk penghantar makanan warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket pinjaman wang haram (ahlong) dari Singapura.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata tangkapan dibuat hasil operasi bersepadu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), susulan aduan mengenainya diterima.
“Mengenai dakwaan itu betul. Kita sudah menahan 35 orang melibatkan penghantar makanan dan pemilik keldai akaun.
“Tindakan ini masih lagi dibuat secara bersepadu dengan SPF dan kita akan cuba banteras kegiatan ini sebaik mungkin,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, penghantar makanan dari Malaysia dieksploitasi sindiket ahlong Singapura untuk menghantar bungkusan berunsur gangguan kepada peminjam yang gagal melunaskan hutang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Mohd Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang perjanjian atau urusan dengan individu tidak dikenali kerana pihaknya akan menangkap dan mendakwa mereka terbabit termasuk pemilik akaun keldai.
Penghantar makanan, keldai akaun antara 35 individu disyaki terbabit sindiket ahlong Singapura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.