Remaja 14 tahun ditahan, mengaku baling batu, pecahkan cermin tren KTMB
Remaja 14 tahun ditahan, mengaku baling batu, pecahkan cermin tren KTMB

ARAU: Remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas mengaku membaling batu ke arah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga menyebabkan cermin koc pecah berhampiran Jejantas Jelempok, di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata suspek ditahan menerusi Op Cantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Arau bersama Task Force Balai Polis Arau di rumah di Kampung Guar Sanji, awal pagi tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku dengan sengaja membaling seketul batu ke arah cermin tren KTMB.
“Ketika kejadian, suspek bersama empat rakannya sedang melepak di kawasan jejantas motosikal Kampung Jelempok, Arau,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian jam 5.58 petang 29 Oktober lalu, cermin di bahagian kiri koc tengah tren KTMB pecah selepas dipercayai dibaling objek ketika tren itu dalam perjalanan dari Stesen KTM Arau ke Kodiang.
Kejadian itu turut menyebabkan penumpang wanita cedera ringan pada tangan, manakala perjalanan tren berkenaan tertangguh selama 23 minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan
- Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi
Ahmad Mohsin berkata, empat lagi rakannya tidak terbabit dalam perbuatan itu, sebaliknya hanya menyaksikan tindakan suspek.
Beliau ad Mohsin berkata, polis turut merampas telefon bimbit jenama Vivo Y05 bersama kad SIM serta seketul batu bagi membantu siasatan.
“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, KTMB menerusi kenyataan di media sosial mengesahkan menerima laporan berhubung kerosakan tingkap di bahagian kiri sebuah koc tren yang menuju ke Alor Setar dalam kejadian petang Khamis lalu.
Remaja 14 tahun ditahan, mengaku baling batu, pecahkan cermin tren KTMB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula
- Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas
- PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara
You must be logged in to post a comment.