Penggodam dedah alasan serang sistem skrin LED MPK
Penggodam dedah alasan serang sistem skrin LED MPK

KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai ‘Leakers’ mendedahkan motif di sebalik kes pencerobohan sistem paparan diod pemancar cahaya (LED) di Kluang, Johor yang menyebabkan video lucah dipaparkan pada skrin itu, kelmarin.
Menurut kumpulan itu, serangan berkenaan sebelum ini menjejaskan beberapa negara termasuk Mesir, Iraq, Brazil, China, dan Malaysia.
Bercakap kepada portal The Cairo Report, wakil sindiket itu, berkata ahlinya sudah mengeksploitasi kelemahan pada perisian yang digunakan untuk memindahkan kandungan ke paparan LED.
Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa serangan terbabit tidak menyasarkan papan iklan di Mesir secara khusus.
Wakil itu mendakwa, perisian yang diceroboh itu mempunyai beberapa kelemahan keselamatan, yang mana sebahagian daripadanya boleh dieksploitasi melalui halaman dan antara muka sistem itu sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sayang Rakyat: Lihat Bukti, Perkukuh Keyakinan
- Santuni Rakyat Dengan Hati, Berbakti Dengan Ikhlas – Tuminah Kadi
Katanya, mereka mengesan sasaran melalui pengimbasan automatik, bukannya memilih syarikat atau negara tertentu secara sengaja sebelum mengambil alih papan iklan terbabit
Kumpulan itu dilaporkan turut mengenal pasti ribuan sistem terdedah dalam tempoh kira-kira dua jam.
Dalam kenyataan awam pertama, mereka mendakwa serangan terbabit bertujuan mendedahkan kelemahan keselamatan dan bukannya untuk memeras ugut wang atau menyebarkan perisian tebusan (ransomware).
“Syarikat mengenakan bayaran berjuta-juta ringgit untuk membina infrastruktur di pelbagai negara, namun membiarkan skrin LED dan rangkaian papan iklan terdedah begitu sahaja di internet tanpa perlindungan asas.
“Kami bukan di sini untuk memberi ceramah, meminta derma atau bertindak seperti kumpulan perisian tebusan.
“Matlamatnya mudah, mendedahkan kelemahan ini dan membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh mengambil alih skrin di seluruh negara anda secara langsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khidmat Berkesan Kunci Bina Semula Kepercayaan Rakyat – Norshida
- PRN Melaka: ‘Utamakan Silaturahim, Hormati Perbezaan Politik’ – Abdul Hakim
- Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa
50 Tahun Bursa Malaysia: Ruang Perkukuh Daya Saing Ekonomi Negara
“Media arus perdana gemar mendakwa ia adalah serangan siber tajaan kerajaan yang sangat canggih, hakikatnya infrastruktur anda amat memalukan di mana sahaja anda berada di atas peta,” menurut kenyataan itu.
Media semalam melaporkan, polis membuka dua kertas siasatan susulan laporan berhubung kes pencerobohan sistem LED yang menyebabkan video lucah dipaparkan pada skrin terbabit di Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun semalam.
“Laporan itu antara lain berkaitan sistem skrin LED yang memaparkan kandungan berunsur lucah.
“Hasil siasatan awal mendapati pengadu dimaklumkan kakitangannya bahawa lapan skrin yang dipasang di sekitar Kluang digodam semalam (kelmarin).
“Pengadu kemudian menerima beberapa kiriman menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan rakaman tangkap layar dan video kandungan lucah pada skrin LED terbabit.
“Susulan kejadian itu, pengadu menghubungi pihak pembekal untuk mendapatkan pengesahan sebelum mengambil tindakan memutuskan bekalan kuasa bagi menghentikan paparan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Bahrin berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian itu.
“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mengesahkan sistem paparan LED miliknya digodam penceroboh siber sehingga menyebabkan video lucah ditayangkan.
Susulan itu, MPK memohon maaf atas segala kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang berikutan insiden berkenaan.
Penggodam dedah alasan serang sistem skrin LED MPK
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tirai PRN Melaka Dibuka, Misi Pertahan Mandat BN Bermula
- Tangguh Sampai Bila? 127 Projek Jalan Luar Bandar Terjejas
- PRN Melaka: Solidariti UMNO Sabah Bersama Pertahan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Mana Lagi… Melaka Ler” Dan “Kita Geng Biru” Gegarkan Tanjung Bidara
You must be logged in to post a comment.