Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa
Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa

JOHOR BAHRU, 30 Okt – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh sektor pelancongan menerusi pembangunan produk pelancongan berkualiti, peluasan promosi digital serta penambahbaikan kemudahan pengangkutan bagi menjadikan negeri itu destinasi pilihan pelancong antarabangsa.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan positif sektor berkenaan membuktikan Johor mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai destinasi pelancongan utama, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Townhall Tahun Melawat Johor 2026 di Johor Bahru yang menghimpunkan penggiat industri pelancongan, agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memperkukuh hala tuju pembangunan sektor berkenaan.
Menurutnya, Johor merekodkan 19.7 juta kemasukan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2026, manakala 4.7 juta pelancong menginap sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
“Pencapaian ini mencerminkan potensi besar Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan, sekali gus menjadi dorongan untuk kita terus memperkukuh industri pelancongan negeri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dana Ada, Projek Batal? Jangan Jadikan Rakyat Mangsa – Nik Mohd Nadzri
- Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal
Dalam usaha memperkaya tarikan pelancongan, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan empat produk pelancongan dengan peruntukan hampir RM37.2 juta.
Projek berkenaan melibatkan Pusat Rekreasi Sungai Lebam, Pusat Kebudayaan Pengerang, Taman Negara Gunung Ledang dan Galeri Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Pembangunan ini dijangka memperluas pilihan destinasi kepada pelancong, selain meningkatkan daya tarikan Johor melalui kepelbagaian produk berasaskan rekreasi, kebudayaan, alam semula jadi dan warisan negeri.
Onn Hafiz berkata, kesiapsiagaan industri pelancongan juga perlu dipertingkatkan seiring dengan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan projek RTS Link yang dijangka beroperasi pada 2027.
Justeru, kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi berkaitan dan pemain industri amat penting bagi memastikan Johor bersedia menerima peningkatan jumlah pelawat serta menawarkan pengalaman pelancongan yang lebih berkualiti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Rekod Pentadbiran BN Jadi Ukuran
- Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…
- MTL: Wan Rosdy Lepaskan Misi Menghantar, Membekal Makanan Kering
Menerusi Townhall Tahun Melawat Johor 2026, perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluasan promosi digital bersama TikTok, selain usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan dan kesalinghubungan dengan kerjasama Grab Malaysia, Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
Pendekatan menyeluruh itu penting bagi memudahkan pergerakan pelancong, memperluas capaian promosi serta memastikan tarikan pelancongan negeri dapat dinikmati dengan lebih mudah dan selesa.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tourism Johor, Majestic Johor Tourism Sdn Bhd, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, rakan strategik dan penggiat industri atas komitmen serta kerjasama dalam memajukan sektor berkenaan.
Menurutnya, matlamat kerajaan negeri bukan sekadar menarik lebih ramai pelancong, malah memastikan mereka tinggal lebih lama, berbelanja dan kembali berkunjung ke Johor.
Usaha berterusan ini diharap dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat, memperluas peluang perniagaan serta memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan, peniaga kecil dan seluruh Bangsa Johor. – UMNO Online
Johor Perkukuh Sektor Pelancongan, Sasar Tarikan Bertaraf Antarabangsa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek
- Jentera BN Sabah Di Melaka, Terjemah Semangat Perjuangan
- PRN: Anak Tempatan Jadi Kelebihan Siti Aisyah Di Pengkalan Batu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
You must be logged in to post a comment.