Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Industri di Malaysia perlu memikul tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan bakat tempatan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan serta institusi latihan untuk melahirkan tenaga kerja mahir, kata Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib.
Beliau yang juga Ahli Majlis TVET Negara dan Pengerusi Lembaga Penasihat BELIA MAHIR berkata, Gagasan TVET 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2035 yang digerakkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merupakan langkah penting memperkukuh pembangunan bakat dan daya saing ekonomi negara.
Menurutnya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus diperkasakan sebagai pemacu utama melahirkan tenaga kerja kompeten, selaras dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa.
Beliau turut menghargai kepimpinan Ahmad Zahid dalam menyelaras agenda TVET negara, termasuk komitmen yang ditunjukkan menerusi Mesyuarat Majlis TVET Negara pada 27 Oktober lalu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Bagaimanapun, Manndzri menegaskan bahawa kejayaan transformasi TVET tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan kerana industri juga perlu memainkan peranan secara langsung dan berterusan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Rekod Pentadbiran BN Jadi Ukuran
- Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…
- MTL: Wan Rosdy Lepaskan Misi Menghantar, Membekal Makanan Kering
“Jangan sampai industri hanya mahukan pekerja yang sudah mahir, tetapi menyerahkan keseluruhan tanggungjawab melahirkan tenaga mahir kepada kerajaan dan institusi latihan,” katanya.
Beliau berkata, pelaburan asing dan pertumbuhan syarikat multinasional sememangnya penting kepada ekonomi negara, namun sumbangan industri tidak seharusnya terhenti pada penyediaan peluang pekerjaan dan keuntungan perniagaan semata-mata.
Sebaliknya, industri perlu lebih proaktif membuka kemudahan latihan, berkongsi teknologi, membangunkan tenaga pengajar serta menyediakan laluan peningkatan kemahiran dan kerjaya kepada pekerja tempatan.
Menurutnya, pendekatan itu mencerminkan semangat nasionalisme ekonomi yang perlu menjadi sebahagian daripada pelaksanaan TVET 2.0 supaya rakyat Malaysia bukan sekadar menjadi tenaga kerja, malah mampu menguasai teknologi dan pekerjaan bernilai tinggi.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan agar transformasi TVET tidak hanya memberi tumpuan kepada sektor berteknologi tinggi sehingga mengetepikan belia daripada keluarga berpendapatan rendah, masyarakat luar bandar dan golongan yang kurang menyerlah dalam bidang akademik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Momentum Kemenangan BN Jadi Pembakar Semangat
- Antara Janji Reformasi, Realiti Rakyat & Prestasi Kerajaan
- Ahmad Zahid Seru Rakyat Berwaspada Hadapi Monsun Timur Laut
KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin
“TVET mesti menjadi peluang untuk mengubah kehidupan, bukan sekadar menyediakan tenaga kerja kepada industri,” katanya.
Manndzri turut menegaskan kepentingan memastikan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapat ruang yang adil dalam ekosistem TVET negara.
Katanya, kerjasama pembangunan kemahiran tidak seharusnya hanya tertumpu kepada institusi besar dan syarikat ternama, sebaliknya perlu turut melibatkan penyedia latihan serta majikan tempatan yang memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir.
Beliau berkata, kejayaan TVET 2.0 perlu dinilai berdasarkan hasil yang dirasai rakyat, termasuk jumlah belia yang memperoleh pekerjaan berkualiti, penglibatan industri dalam latihan pekerja tempatan dan peningkatan kompetensi tenaga kerja negara.
“Industri yang benar-benar mempunyai semangat nasionalisme bukan sekadar mencipta keuntungan di Malaysia, tetapi turut melabur untuk membina masa depan rakyat Malaysia,” katanya.
Tegasnya, TVET 2.0 mesti menjadi agenda nasional yang dikongsi bersama oleh kerajaan, industri dan institusi latihan kerana kekuatan ekonomi negara bukan hanya bergantung pada jumlah pelaburan yang masuk, tetapi juga keupayaan rakyat menguasai kemahiran, teknologi dan pekerjaan bernilai tinggi. – UMNO Online
Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dana Ada, Projek Batal? Jangan Jadikan Rakyat Mangsa – Nik Mohd Nadzri
- Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.