PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin

PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin

PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin

SUNGAI UDANG, 29 Okt – Program Jualan Sayang Rakyat yang dilaksanakan di sembilan lokasi sekitar seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat apabila orang ramai mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Undang, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif ini memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati penjimatan, khususnya menerusi jualan ayam pada harga RM5.00 serta penawaran daging pada harga murah.

“Pelaksanaan program di sembilan lokasi sekitar DUN Sungai Udang membolehkan lebih ramai penduduk mendapatkan manfaat tanpa perlu bergantung kepada satu lokasi sahaja. Pendekatan ini memudahkan masyarakat setempat menikmati tawaran dengan harga istimewa yang disediakan.

“Sambutan yang menggalakkan di lokasi-lokasi terlibat memperlihatkan kegembiraan penduduk yang dapat membeli barangan keperluan dapur dengan harga lebih rendah.

“Program ini turut memberi kelegaan kepada keluarga dalam menguruskan perbelanjaan harian ketika kos sara hidup menjadi antara perkara yang terus diberi perhatian,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN


Mengulas lanjut, Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan lebih ramai penduduk menikmati manfaatnya, khususnya dalam mendepani peningkatan kos perbelanjaan harian.

PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin

“Dengan jualan barangan keperluan pada harga mampu milik seperti ini amat bermakna kerana dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan dapur, sekali gus memberikan sedikit ruang kepada keluarga untuk menguruskan keperluan lain.

“Program seperti ini bukan sekadar menawarkan harga yang lebih rendah, malah mencerminkan usaha mendekati masyarakat dan membantu memenuhi keperluan harian penduduk di seluruh DUN Sungai Udang,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, dengan usaha berterusan seperti ini dapat memperluas akses penduduk kepada barangan keperluan pada harga berpatutan bagi membantu keluarga merancang perbelanjaan dengan lebih baik.

“Dengan sambutan hangat yang diterima, inisiatif seperti ini diharapkan dapat diteruskan bagi memastikan lebih ramai penduduk berpeluang menikmati manfaat jualan barangan keperluan pada harga berpatutan,” ujarnya. – UMNO Online

PRN Melaka: Sembilan Lokasi, Satu Matlamat Ringankan Beban Rakyat – Rais Yasin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda TVET Negara: Industri Perlu Main Peranan Lebih Besar – Manndzri

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker