Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek

Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek

Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bertekad untuk meneruskan kesinambungan pembangunan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Sebagai calon muka baharu pada PRN ini, beliau merasakan pencalonan beliau merupakan satu amanah besar daripada parti.

“Tentunya saya merasakan sebagai satu amanah besar yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan parti bagi saya mewakili BN di kerusi DUN Ayer Molek. Saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam mewakili hasrat dan juga aspirasi masyarakat di Ayer Molek selaras objektif dan juga hala tuju yang ditentukan parti.

“Jika diberikan mandat di Ayer Molek, tentunyanya kesinambungan pembangunan yang telah pun dirancang ingin saya perjuangkan. Banyak keperluan berkaitan infrastruktur menjadi perkara utama bagi masyarakat yang ingin kita sama-sama bangunkan untuk keselesaan penduduk di sini,” katanya kepada UMNO Online.

Tambahnya, BN bersama rakan persefahaman mempunyai peluang yang cerah untuk terus kekal di Melaka berdasarkan rekod pentadbiran cemerlang oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan


“Saya melihat peluang BN cukup cerah pada pilihan raya kali ini. Pertama, kerana usaha yang telah dilaksanakan selama satu penggal di bawah kepimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang begitu dekat dengan masyarakat dan juga kehendak rakyat.

“Kedua, kita ada rakan strategik yang mempunyai hala tuju dan objektif yang sama. Apabila ada gabungan ini, maka peluang kemenangan bagi BN dan gabungannya ini amat cerah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berharap agar rakyat di Negeri Melaka memberikan mandat kepada BN dan rakan persefahaman untuk memastikan setiap aspirasi dan kehendak mereka dipenuhi.

“Harapan saya supaya masyarakat dapat melihat apa yang kita tawarkan dan dapat memberikan peluang serta mandat kepada BN bersama rakan strategik baharunya untuk memainkan peranan yang lebih efektif dalam kita memastikan aspirasi juga kehendak mereka dipenuhi,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin



Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober pada manakala tarikh mengundi awal pada 10 November.

Tempoh berkempen pula adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 13 November.

Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa 23 September.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi PH dan dua Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Mohd Ridhwan Tekad Teruskan Kesinambungan Pembangunan Ayer Molek


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker