KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin
KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) komited memperluas penyertaan belia dalam gerakan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin berkata sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 3,071 koperasi dalam kumpulan sasar belia telah didaftarkan di seluruh negara, melibatkan 2.43 juta anggota, aset bernilai RM1.3 bilion dan perolehan berjumlah RM893 juta.
“Membudayakan keusahawanan koperasi melalui Program Inovasi Keusahawanan Belia Koperasi (IKBK), Program Asas Keusahawanan Koperasi Sekolah (AKSI) dan Program IKMa Jom@Coop yang melibatkan 4,558 peserta menerusi 30 program pada tahun 2026. KUSKOP turut mencadangkan pelaksanaan Program Business School In School (BSIS) bagi membudayakan nilai integriti keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.
“Memperkukuh latihan dan pembangunan kepimpinan belia melalui program IKMa yang melibatkan 1,347 belia sehingga September 2026, serta Program Generasi Inovasi (GIK) melibatkan 17 institusi pengajian tinggi (IPT) dan pembangunan Koperasi Siswa (KOSISWA).
“Menggalakkan penubuhan koperasi baharu, dengan 25 koperasi belia dan graduan didaftarkan bagi tempoh 2025 hingga September 2026,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi yang meminta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan pelan tindakan kementerian untuk mengatasi kadar penyertaan koperasi belia yang masih rendah dan strategi khusus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kedah untuk menarik minat golongan muda luar bandar menubuhkan atau menyertai barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
Tambah beliau, memperluas pembiayaan dan pembangunan perniagaan melalui kelulusan geran berjumlah RM1.21 juta kepada 15 koperasi serta pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM (TMPSKM) sebanyak RM2 juta kepada sebuah koperasi.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis menjelaskan bagi negeri Kedah pula, sehingga akhir tahun 2025, terdapat 235 koperasi dalam kumpulan sasar belia dengan 157,820 anggota, aset bernilai RM63.27 juta dan perolehan RM47.18 juta.
Katanya lagi, dalam usaha menarik penyertaan belia luar bandar termasuk dalam barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), SKM Kedah dengan kerjasama IKMa memberi tumpuan kepada tiga strategi.
“Memperluas kesedaran dan penggalakan berkoperasi melalui Program Santuni Belia Berkoperasi bersama Majlis Belia Negeri Kedah serta program pendidikan koperasi oleh IKMa Zon Utara. Menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi merangkumi peluang pembiayaan dan latihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Perlu Hayati, Pertahan Warisan Sejarah Melayu
- Ahmad Zahid Turun Padang Bersama Warga Bagan Datuk
- Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
“Melahirkan pelapis kepimpinan koperasi melalui pelaksanaan pelan penggantian kepimpinan serta latihan kepimpinan dan tadbir urus bagi menggalakkan lebih ramai belia menyertai barisan ALK,” ujarnya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.