PRN Melaka: Momentum Kemenangan BN Jadi Pembakar Semangat
PRN Melaka: Momentum Kemenangan BN Jadi Pembakar Semangat

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Muizz Nasruddin berpandangan bahawa momentum kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dijadikan sebagai pembakar semangat.
Ini kerana katanya, kemenangan tersebut tidak boleh dianggap sebagai tanda bahawa keyakinan rakyat telah pulih sepenuhnya dan para jentera parti perlu bekerja dengan lebih keras.
“Alhamdulillah, kejayaan ‘membirukan’ Johor dan pencapaian BN di Negeri Sembilan merupakan perkembangan yang positif dan wajar kita hargai. Namun, saya berpandangan bahawa kita tidak boleh mengambil mudah pencapaian ini atau menganggap bahawa keyakinan rakyat telah pulih sepenuhnya.
“Bagi saya, kemenangan ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita bekerja dengan lebih kuat, bukannya alasan kita berasa selesa. Kita perlu sedar bahawa kepercayaan rakyat tidak dibina dalam sehari. Ia perlu diperoleh melalui khidmat berterusan, kepimpinan bertanggungjawab dan kesungguhan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi rakyat.
“Jangan sampai kita terlalu tertumpu kepada jumlah kerusi yang dimenangi sehingga terlupa untuk menilai sejauh mana kita telah berjaya membantu rakyat dan memperbaiki kehidupan mereka,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Tambahnya, para jentera perlu meletakkan matlamat untuk membina hubungan yang lebih kukuh antara parti dan rakyat.
“Kemenangan adalah satu permulaan, tetapi mengekalkan kepercayaan rakyat merupakan tanggungjawab yang berterusan.
“Sebab itu, saya fikir kita perlu melihat gambaran yang lebih besar. Matlamat kita bukan sekadar memenangi pilihan raya, tetapi membina hubungan yang lebih kukuh antara parti dengan rakyat untuk jangka panjang,” katanya lagi.
Ujarnya, setiap negeri mempunyai realiti, keperluan dan sentimen pengundi tersendiri dan Melaka menjadi medan untuk parti membuktikan kesungguhan serta kemampuan.
“Kita boleh mengambil semangat daripada pencapaian di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kita juga perlu memahami bahawa setiap negeri mempunyai realiti, keperluan dan sentimen pengundi yang tersendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Perlu Hayati, Pertahan Warisan Sejarah Melayu
- Ahmad Zahid Turun Padang Bersama Warga Bagan Datuk
- Rais Hargai Kepercayaan, Sedia Galas Amanah Calon BN Sungai Udang
Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial
“Kita tidak boleh menganggap bahawa momentum di satu negeri akan berulang secara automatik di negeri yang lain.
“Apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mendekati rakyat Melaka, memahami isu yang mereka hadapi dan menawarkan penyelesaian yang benar-benar relevan dengan kehidupan mereka,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menekankan bahawa momentum kemenangan UMNO/BN perlu diterjemahka kepada kerja lebih tersusun, komunikasi lebih berkesan dan komitmen yang lebih kuat kepada rakyat.
“Kita mahu melihat gelombang biru terus berkembang, tetapi biarlah ia berkembang atas dasar keyakinan dan kepercayaan rakyat, bukan semata-mata kerana momentum politik.
“PRN Melaka bukan sekadar tentang mempertahankan kemenangan, tetapi tentang membuktikan mengapa rakyat wajar terus memberikan kepercayaan kepada kita,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober pada manakala tarikh mengundi awal pada 10 November.
Tempoh berkempen pula adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 13 November.
Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa 23 September.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 21 dimenangi BN pada PRN lalu, manakala lima dimenangi PH dan dua Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
PRN Melaka: Momentum Kemenangan BN Jadi Pembakar Semangat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
You must be logged in to post a comment.