Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…

Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…

Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Penjelasan Timabaln Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat membuktikan ketrampilan menjawab dengan tenang, berfakta dan penuh ketegasan.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar menyifatkan jawapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid itu sebagai bukti kewibawaan seorang pemimpin yang mampu berhadapan dengan kritikan menggunakan hujah bernas, disulami sindiran tajam tanpa perlu menggadaikan prinsip.

Menurut beliau, isu peruntukan KKDW yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang, khususnya Ahli Parlimen Dap dari Kampar, Chong Zhemin, telah membuka ruang kepada penjelasan lebih mendalam mengenai persoalan peruntukan dan kepentingan rakyat.

“YAB Datuk Seri Dr Zahid betul-betul ‘slay’. Berucap dalam keadaan tenang, penuh dengan hujah yang berfakta, bernas tetapi sinis,” katanya.

Gulam berkata, antara perkara yang menarik perhatian ialah reaksi dalam Dewan Rakyat apabila beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang turut bangun menyokong dan
mempertahankan hujah yang dikemukakan Zahid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan


Katanya, perkembangan itu wajar diberikan perhatian kerana ia memperlihatkan bagaimana penjelasan yang disampaikan secara terbuka mampu mencetuskan reaksi merentasi blok politik.

“Jawapan dan hujah bernas, berfakta dan tanpa berselindung itu menjadi ‘eye opener’ kepada semua Ahli Parlimen, terutamanya dari Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai pengurusan peruntukan KKDW, termasuk isu pembatalan SST, penyaluran dana dan pembayaran yang menurutnya perlu diperjelaskan dari sudut kepentingan rakyat.

Jelasnya, persoalan tersebut tidak seharusnya dilihat semata-mata melalui lensa politik, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan fakta serta kesannya terhadap
rakyat, khususnya masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“YAB Datuk Dr Zahid telah buktikan beliau seorang pemimpin yang ada karisma dan gaya tersendiri dalam membalas hujah, berpegang kepada kebenaran dan fakta. Prinsip ‘white is white and black is black’ dipegang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar


Menurut beliau, ketegasan sedemikian memperlihatkan kepentingan menjawab sesuatu isu berasaskan fakta dan penjelasan yang jelas, bukannya membiarkan persepsi politik terus berkembang tanpa penelitian.

Bagi Gulam, apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam membuktikan bahawa ketenangan, ketajaman hujah dan penguasaan fakta merupakan kekuatan penting seseorang pemimpin ketika berhadapan dengan serangan politik. – UMNO Online

Bila Presiden UMNO Menjawab Dengan Hujah Berfakta…


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker