Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal

Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal

Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii membidas peneraju Parti Bersama, Rafizi Ramli yang didakwanya terlalu gemar menjual formula politik kepada rakyat, namun gagal membuktikan keberkesanannya ketika diberikan tanggungjawab dalam kerajaan.

Menurut Razlan, Rafizi sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa sistem yang diwarisi negara bermasalah, selain tampil dengan pelbagai formula kononnya mampu menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada rakyat.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan ke mana hilangnya segala formula yang pernah dicanangkan apabila Rafizi sendiri diberikan peluang memegang jawatan menteri.

“Sebenarnya dia spin banyak sangat. Dia jual depan rakyat kononnya ada formula nak tadbir negara dengan lebih baik daripada Barisan Nasional. Bila dah jadi menteri, formula dia hilang entah ke mana. Dia tuduh pula orang lain gagal. Mudahnya jadi Rafizi Ramli,” katanya.

Razlan berkata, rakyat berhak mempersoalkan keberkesanan formula yang pernah diketengahkan Rafizi, termasuk berkaitan harga kereta dan minyak, apabila beliau sendiri berpeluang memainkan peranan dalam pentadbiran negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin


Menurutnya, tidak memadai seseorang itu sekadar petah mengkritik dan menjanjikan perubahan ketika berada di luar kerajaan, sebaliknya kemampuan sebenar perlu dibuktikan melalui hasil dan tindakan apabila diberikan kuasa.

“Bila bercakap, macam-macam formula ada. Tetapi apabila diberi peluang menguruskan negara, mana hasilnya? Rakyat berhak menilai sama ada segala yang dijanjikan itu benar-benar membawa perubahan atau sekadar modal politik,” katanya.

Dalam pada itu, Razlan mengingatkan rakyat supaya tidak melupakan sumbangan BN dalam membangunkan negara, termasuk pembangunan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam yang dinikmati masyarakat sehingga hari ini.

Beliau menegaskan, pembangunan negara tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya merupakan hasil usaha dan perancangan yang dilaksanakan sepanjang tempoh pentadbiran terdahulu.

“Kenanglah jasa BN yang selama ini membangunkan negara. Kita hari ini menikmati pelbagai kemudahan, termasuk pengangkutan awam dan LRT. Semua ini adalah sebahagian daripada pembangunan yang dilaksanakan ketika BN mentadbir negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan


Menurut Razlan, rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan naratif politik yang hanya menonjolkan kelemahan pihak lain tanpa memberikan pengiktirafan sewajarnya terhadap sumbangan pentadbiran terdahulu.

Razlan turut membangkitkan isu hutang negara dengan membandingkan kedudukan hutang yang didakwanya sekitar RM600 bilion ketika BN meninggalkan pentadbiran dengan angka yang kini mencecah RM1.3 trilion.

Menurutnya, persoalan mengenai hutang negara dan keberkesanan dasar kerajaan perlu dijawab dengan penjelasan yang jelas, bukannya sekadar menyalahkan pentadbiran terdahulu.

“Jangan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain. Kalau benar ada formula yang lebih baik, buktikan hasilnya. Rakyat bukan sekadar mahu mendengar janji, tetapi mahu melihat perubahan yang nyata,” katanya.

Razlan menegaskan bahawa sumbangan BN dalam membangunkan negara tidak seharusnya dipadamkan hanya kerana perubahan landskap politik.

Sebaliknya, katanya, rakyat perlu menilai sejarah pembangunan negara secara menyeluruh dan mengenang jasa pihak yang telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

“Jangan mudah lupa jasa BN. Nilailah siapa yang benar-benar membangunkan negara, siapa yang sekadar berjanji dan siapa yang mampu membuktikan hasil apabila diberikan amanah,” katanya lagi. – UMNO Online

Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker